AWANG THE CLOWN BULETIN

Assalamualaikum Para pelanggan yang dihormati. Arghhhh!!!! lama betul Awang tak berkesempatan untuk update buletin Awang the Clown nie. Rasa rindu utk menaip datang kembali....

Apa pon Awang ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana sudi memberi perhatian terhadap perkhidmatan badut Awang The Clown.

Alhamdulillah....Awang panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberi rezeki yang murah. Atas sokongan setiap pelanggan, Insyaallah Awang akan berikan PERKHIDMATAN YANG BERGANDA DARI NILAI YANG DI BAYAR....Hahaha..motto baru Awang The Clown.

Kalau di ikutkan jumlah majlis pada tahun 2014 ini, Alhamdullillah sangat-sangat mengujakan....Pelbagai kerenah, pelbagai aksi dan perbagai kisah suka duka yang telah dialami....Tapi syukur semuanya berakhir dengan baik Alhamdulillah.

Ok lah....ada serba sedikit update Awang untuk Tahun ini....(sebenarnya bila berseorang yang wat kerja, memang tak sempat nak ambil gambar sendiri). Terima kasih kepada pelanggan yang sent gambar Awang the Clown di Majlis mereka.

Antara Majlis-Majlis bersama Awang The Clown :

Birthday Party 
Date : 11/10/2014
Bandar Seri Putra, Bangi Selangor Darul Ehsan








Adult Birthday Party 
Date : Sept 2014     
Lake Garden Kuala Lumpur
Seriously its Cooooollllll.....



                                             
                           
QSR Brands (KFC and Pizza Hut) Charity Merdeka Event
Date : Sept 2014
Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Bukit Beruntung
Seremban
Cheras





10th KOSMO! Birthday Celebration 
Date : 31 August 2014
Premeira Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur




Association Clown Malaysia With WCA (world Clown Association)
gathering.
Date : August 2014
Times Square Kuala Lumpur 

Awang The Clown Achievement in Malaysian Clown gathering 2014:
Alhamdulillah...

1) Single Balloon Sculpture Competition - 1st Runner Up
2) Make Up and Wardrobe Competition - 1st Runner Up
3) Single Skit Clown Competition - 1st Runner Up











Rentap KOSMO! World Cup :
Date : June 2014
Journey with KOSMO!
1) Kuala Lumpur Jln Chan Sow Lin
2) Seksyen 7 Shah Alam, Restoran Hakim
3) World Cup with Father Day Celebration at Mid Valley Kuala Lumpur
4) Johor Bharu Restoran Habib
5) Final World Cup at restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam.



















Program Santai Dataran Gelilang
Date : Mei 2014
Dataran Gelilang Putrajaya






Birthday Party at Seremban 
Date : Mei 2014
Klana Resort ballroom, Seremban, Megeri Sembilan






Majlis Penghargaan Malaysian Book Of Records 
Kelab TAHA ( Tabung Haji )
Date : 23 April 2014
Dewan Utama TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.








Annual Dinner Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri Putrajaya.
Date : 24 March 2014
Tema : Arabic Night
Dewan Kementerian Wanita Putrajaya.








Pelancaran OMG! ( Oh Memang Gempak ) 
Kembara Setem Peringkat Kebangsaan
POS Malaysia
Date : Feb 2014
Kementerian Pendidikan Putrajaya






17 Aug 2013 (Sabtu)
Baby Aryan and Baby Ummar 1st Birthday Party
Taman Cheras Jaya

Assalamualaikum apa khabar semua. Wah!!! hari ini baru lega sedikit dan baru dapat update buletin blog Awang dengan tenangnya. Niat dihati memang nak sentiasa update semua majlis-majlis yang Awang raikan. Maaf kepada pelanggan-pelanggan yang tidak sempat Awang update buletin tentang majlis masing-masing. Faktor kesibukan kerjaya dan menguruskan keluarga menjadi rutin harian yang tak terhenti.

17 Aug 2013 lalu, Awang memperolehi 2 show yang istimewa.Bertempat di Taman Cheras Jaya, Selangor. Apa yang istimewanya, kedua-dua majlis berlangsung di Taman yang sama tetapi rumah yang berlainan dan dengan keluarga 2 beradik yang sama. Istimewanya lagi, kedua-dua birthday boy ini lahir pada tarikh yang sama juga. Wahhh!!!macam rancang-rancang pula kedua beradik nie. Apa-apa pon terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian menjemput Awang di majlis tersebut.

Pada mulanya, timbul rasa risau yang tinggi untuk menguruskan kedua-dua majlis ini. Mana tidaknya, balloon sculpture dan fun games perlu diselaras dan disusun dengan baik supaya tidak sama dikedua-dua majlis. Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha, Awang dapat sempurnakan majlis dengan baik.

Ini ada beberapa foto kenang-kenangan majlis tersebut:

Happy Birthday Baby Ummar

Baby Ummar, Papa and jet pet...

Ehem Ehem....

Happy Birthday Baby Aryan...cuba lihat adik-adik yang lain tu. Semua orang yang sama di majlis Baby Ummar...Huhuhuhu....

Sempat salin costume lain...biar wangi and fresh. Hahahaha...thanks to my perfume Lacoste chalenge.

Baby Aryan pon dapat jet pet....tapi version lain.

Hush....tokojut pakcik...hantu mano plak nie?

30 Nov 2012 (Jumaat)
Sambutan Kecemerlangan UPSR.
Rumah Pn Nelly Irwati Bt Abu Bakar.

Terima kasih berjuta-juta ATC ucapkan kepada Pn Nelly sekeluarga kerana telah menjemput ATC ke majlis beliau yang sangat indah. Dikesempatan ini ATC ingin mengucapkan segulung penghargaan TAHNIAH atas kecemerlangan anak Pn Nelly iaitu adik Amira atas keputusan UPSR yang sangat cemerlang 5A. Sempat juga ATC bertanya di mana arah tujunya selepas ini? Jawapan yang sangat bersemangat ATC terima, Adik Amira bercita-cita untuk menyambung pengajian menengahnya di salah sebuah sekolah asrama penuh agama yang terletak di Kajang, Selangor. Somoga impian adik Amira akan terlaksana. Amin!!! Di rumah yang sangat cantik dan tersusun rapi, jelas ATC dapat gambarkan kehidupan sebuah keluarga yang sangat indah dan mesra. Cahaya kegembiraan seorang ibu tidak dapat dilindungi lagi dengan pencapaian anak yang sangat cemerlang. Itulah yang cahaya yang terpancar diraut wajah seorang ibu manis Pn Nelly. Apa pun ATC nak memohon maaf kepada ibu dan bapa ATC kerana kesungguhan mereka menyempurnakan anak-anak tidak dapat ATC teruskan. Dengan segulung diploma perakaunan yang di perolehi atas pengorbanan meraka ATC hanya dapat gantungkan di dinding. Apa pun ATC berjanji, untuk menjadi anak yang sangat sayang pada ibu dan bapa. Untuk Adik Amira, doa ATC agar adik sentiasa cemerlang dan terus gemilang. Pada Puan Nelly dan suami, banyak yang ATC dapat belajar di raut wajah seorang ibu bapa yang sangat menjaga amanah ALLAH. Tq.




28 Nov 2012 (Rabu)
Majlis Makan Malam JPN (Kelab Bahagian Istiadat dan Persidangan Antarabangsa)
Dewan Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Persint 4, Putrajaya.

Terima kasih atas undangan dari Pihak Persatuan dari JPN (Unit Istiadat dan Persidangan antarabangsa) kerana telah mengambil Awang The Clown (ATC) sebagai penghibur dan sebagai penghias balon (balloon decorator) untuk majlis tersebut. Pada malam tersebut, tercipta sejarah baru untuk ATC kerana dengan rasminya ATC telah menggunakan costume terbaru iaitu L.E.D Clown. Keterujuan ATC pada hari tersebut sangat tinggi kerana ATC dimaklumkan adalah Clown pertama di Malaysia dan mungkin juga di dunia yang secara rasminya menggunakan costume L.E.D clown. Sukacita ATC lampirkan beberapa gambar dan Video untuk tatapan semua. Tq.

Youtube : Awang The First L.E.D Clown 2.0 :


Balloon Decoration dari Awang The Clown:

Keadaan Dewan Sebelum Dihias.

Menarik Tak ?

Sikit nie jer yang Awang buat. Ikut budjet. Huhuhuhu......

12 Oct 2012 (Jumaat).
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sek. Keb Putrajaya Persint 8 (1).
Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1), Putrajaya.

Terima kasih atas undangan dari pihak Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1) terutama kepada Cikgu Salina
kerana sudi menjemput Awang The Clown bersama seluruh pelajar Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1) bagi menjayakan program tersebut.

Pada kali ini Awang telah mendapat sambutan yang luar biasa dari seluruh warga pendidik dan pelajar Sek Keb Putrajaya Persint 8 (1). Semangat Awang untuk menghiburkan adik-adik ini menjadi lebih bertenaga dengan sambutan yang sangat menghangatkan dari adik-adik pelajar sekolah tersebut.

Tiada gambar untuk Awang the Clown tatapkan pada edisi kali ini. Rakaman video dari seorang sahabat sempat Awang rembat untuk tontonan semua.....Selamat menyambut Hari Kanak-Kanak 2012. Layaaaannnnnnnnzzzzz......


Awang The Clown Chicken Dance Fun Time





22 Sept 2012 (Sabtu).
Maybank (P.J) Charity Day
Rumah Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Cacat Klang, Selangor.
Terima kasih atas undangan dari Pn Siti (Maybank) kerana sudi menjemput Awang The Clown
bersama seluruh warga kerja Maybank bagi menjayakan Majlis Amal tersebut.

Rumah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Klang, Selangor Darul Ehsan. Di rumah ini berlangsungnya Program Kemasyarakatan Pihak Maybank Berhad Bahagian Petaling Jaya. Seramai lebih 50 pegawai Maybank pelbagai bangsa turut serta menjayakan program kemasyarakatan ini. Aktiviti-aktiviti gotong royong, mengecat, membersihkan kawasan kediaman anak-anak kurang upaya ini berlangsung secara muhibah diantara setiap peserta yang mengikuti aktiviti ini.

Selain aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan, Pihak Maybank Berhad turut menghadiahkan sumbangan bernilai RM 6,000.00 sebagai Pihak yang sangat bertangjungjawab bagi menzahirkan sokongan terhadap golongan-golongan yang kurang bernasib baik.


Kelihatan abang-abang macho Maybank sedang berehat selepas bertungkus lumus berGANGNAM dgn gotong-royong dan sebagainya.

Awang the clown bersama penghuni rumah kebajikan ini. Walaupon berkeadaan sedemikian, tetapi Awang tetap memuji penghuni rumah ini kerana disiplin yang sangat tinggi diterapkan dalam diri anak-anak ini. Persembahan yang ditunjukkan oleh meraka sangat menghiburkan dan patut mendapat pujian dari seluruh Malaysia. SYABAS!!!!!


Dari Kiri - Awang The Clown, Pn Markonah Mahmud, Datin Siti, Pn Zainon Marselo, Inilah Pn Siti, pegawai yang bertangjungjawab menjemput Awang The Clown untuk bersama memeriahkan majlis ini. Terima Kasih Pn Siti. 


Dipengakhiran majlis ini Awang mengucapkan berjuta terima kasih pada Pihak Maybank atas penyertaan mereka sebagai satu organisasi besar yang sangat perihatin dan peka terhadap mereka yang kurang berkeupayaan. Awang juga sebagai insan biasa jauh disudut hati sangat bersyukur atas kurniaan dari ALLAH kerana dapat meneruskan hidup sebagai insan yang mempunyai upaya untuk meneruskan hidup walaupon Awang hanyalah sebagai seorang Badut.